Rasai pengalaman ber'spa' dalam suasana kampung

Tentang Dia
Spa yang berkonsepkan Kampung Tradisional Melayu Lama dengan suasana dan dekorasi antik yang pasti mengimbau nostalgia zaman dahulu memenuhi segenap ruangan spa. Spa kami amat menitikberatkan dan memastikan keselesaan, kebersihan serta privasi tetamu terjaga semasa berada di spa kami. Terdapat pelbagai pilihan terapi istimewa yang kami tawarkan khas untuk wanita di luar sana. Tempah hari ini dan rasai kedamaian berspa dalam suasana kampung.
Kolah Siraman
Berbaloi hadiahkan kepada yang tersayang set terapi mandian sambil mengamit memori terutama daripada bonda anda yang mampu bercerita semula kisah mereka semasa kecil bersama anda. Menggamit memori bersama yang tersayang hari ini. Tidak lupa dengan haruman, keanjalan dan kehalusan kulit yang diperoleh bersama insan yang tersayang selepas terapi mandian bersama. Tub Mandian kami dibina daripada batu yang mampu memuatkan 1 hingga 3 orang sekali dalam satu masa terapi.


Tungku Tanah Liat
Keliru memikirkan hadiah untuk diberikan kepada yang tersayang. Dapatkan tungku tanah liat yang dihasilkan 100% daripada tanah liat tanda kenangan daripada anda. Kegunaan yang fleksibel kepada lelaki mahupun wanita. Mampu dibakar terus diatas api di dapur anda atau dapatkan juga pemanas tungku kami untuk kegunaan yang lebih mudah dan pantas. Menggamit memori bersama yang tersayang hari ini.
Kids Spa Party
Adakah terdapat spa untuk kanak-kanak? Ya, Nostalgia Nenda Spa ada menyediakan spa kanak-kanak untuk 6 orang kanak-kanak selama 2 jam dengan pantauan daripada terapis kami yang manis ! Kami menawarkan produk yang mesra kanak-kanak secara tidak langsung boleh meningkatkan keyakinan dan pengetahuan tentang kebersihan dan kecantikan diri mereka.

Mulakan hari anda bersama kami !
Bayangkan suasana spa seakan-akan berada di dalam kampung ditemani irama klasik, wangian daun-daun herba dan ditemani terapis kami yang berpengalaman dan terlatih untuk setiap terapi yang dijalankan.
Terapi Nenda
TERAPI MANDIAN
Lepaskan segala ketegangan anda dengan mandian yang segar, wangi dan bayangkan perasaan yang memuaskan saat anda keluar dari berendam
TERAPI URUTAN
Penggunaan minyak aromaterapi dengan belaian urutan yang menenangkan minda dan merehatkan badan serta melancarkan peredaran darah.
TERAPI BADAN
Nikmati lulur dan pupur yang menyegarkan dan menyeluruh. untuk kulit anda. Direka khusus untuk melegakan kulit kusam, jerawat dan menjaga kehalusan dan keanjalan kulit.
TERAPI MUKA
Kembalikan kecantikan dan kesegaran semula jadi wajah anda dengan terapi muka kami. Terapi untuk meremajakan, menghidrat dan menjadikan kulit anda bersinar.
TERAPI KEPALA
Kembalikan keseimbangan dan keindahan rambut anda dengan urutan yang menenangkan dan terapi rambut yang mengembalikan kilauan dan kekuatan rambut anda.
TERAPI HABA
Terapi haba kami menawarkan kelegaan berganda dengan suhu yang menyenangkan, membantu melegakan ketegangan, mengurangkan stres, dan memperbaiki peredaran darah.
TERAPI KUKU
Dapatkan Kuku Impian Anda! Terapi kuku kami datang dengan tatarias kuku dan urutan untuk setiap jari-jari manis anda. Rasakan transformasi dari kuku kusam menjadi kuku yang kuat dan cantik.
TERAPI KAKI
Langkah Kaki Lebih Ringan dengan Terapi Kaki Kami! Rasakan kenyamanan dan kesegaran dari hujung kaki hingga ke betis. Wangian daripada bunga-bunga segar untuk anda.
Kami gembira bakal bertemu dengan anda!
Suasana spa berkonsepkan Melayu Klasik yang cukup mendamaikan mampu menghilangkan segala keletihan. Dekorasi di pelbagai sudut yang penuh memori, bauan segar aromaterapi, alunan irama tradisional dan bunyi air yang menenangkan dapat menghilangkan segala kekusutan anda!
Pakej Nenda
KLASIK
Pakej menakjubkan untuk kembalikan kesegaran dan keanggunan wanita. Pakej ini sesuai khas untuk wanita yang ingin rehatkan badan, minda dan fikiran.
BONDA
Pakej istimewa ini sesuai untuk bonda atau isteri kesayangan yang memerlukan panjagaan dalaman dan luaran untuk pemulihan bonda selepas bersalin.
PENGANTIN
Pakej manjakan diri sebelum melangkah ke gerbang istimewa yang dipadankan dengan sentuhan moden dan tradisional yang diidamkan.
Nostalgia mampu mengukir sebuah senyuman di bibir anda!
That feeling of happiness mixed with a little bit of sadness is called "nostalgia."
It's when you think back to something you loved from the past and it makes you feel warm inside.
Produk Nenda

TUNGKU TANAH LIAT
Kehangatan yang Menenangkan untuk Tubuh Anda! Tungku tanah liat kami tidak hanya memanaskan badan tetapi juga membantu melancarkan peredaran darah. Tungku Tanah Liat ini adalah 100 % daripada tanah liat.

BURNER TUNGKU
Pemanasan Tanpa Stres! Dengan pemanas tungku yang lebih ekspress menggunakan lilin, Anda mudah memanaskan tungku tanah liat dan bertungku dalam waktu singkat.

SET HADIAH TUNGKU
Sentuhan Tradisional dalam Set Hadiah Eksklusif! Set Hadiah Tungku tanah liat adalah pilihan sempurna untuk lahirkan ingatan kepada yang tersayang. Sesuai untuk bayi, lelaki mahupun wanita.
Berminat ingin jana pendapatan bersama kami!
Raih pendapatan bersama kami tanpa pegang stok, kami uruskan semua penghantaran, pengeposan dan ganti rugi.
Berminat? Hubungi segera!
Masa Operasi
NOSTALGIA NENDA SPA
Isnin - Jumaat : 10:00 pagi - 05:00 petang
Sabtu : 10:00 pagi - 1:00 petang
Ahad : tutup
1-30, Lorong Desa Kuala Muda 24, Desa Kuala Muda,
13110 Penaga, Pulau Pinang
Ramai yang sudah merasai sentuhan terapi kami!
Rasai sendiri keajaiban di sini dan kongsikan kepada wanita kesayangan anda.
Pastikan anda tidak terlepas! Tempah temujanji anda segera untuk mendapatkan pengalaman spa yang menyegarkan.
Laman Kami
follow, like & comment laman sesawang kami untuk dapatkan maklumat promosi dan diskaun hebat daripada kami
















